Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019)

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) bakal membuka tirainya pada 1 November ini, bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara dan empat barisan juri akan diumumkan pada minggu pertama MLM 2019.

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019)

Senarai Peserta MLM2019

  1. Bocey (Achey, Abam, Fad)
  2. Zero (Syarif, Atu, Syaiful)
  3. Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
  4. Puteh (Mamak, Man, Ali)
  5. Stone (Mamat, Azlee, Acong)
  6. Jambus (Tauke, Tapai)
  7. Rojak (Chiwan, Bell, Rahim)
  8. J-Born (Khir Rahman, Joey, Vicha)
  9. Smart (Zam, Aliff Yasraff, Am Ketampi)
  10. Rahmet (Solo) dari Indonesia
  11. Cali (Tony, Khai) dari Brunei - Tersingkir
  12. Popon (Solo) dari Indonesia - Tersingkir
  13. On X On (Gibob, Che Mat, Azrul) - Tersingkir
  14. Halus (Farid, Filzah) - Tersingkir

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11

Tengok ni: Video persembahan Yeo Parey bersama Bocey di suku akhir

Barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan - Cali dari Brunei, Bocey, Zero, Rare, Puteh, Stone, Jambus, Rojak dan juga juara program ‘Muzikal Lawak Superstar’ musim pertama, J-Born.

MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, 'Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang bakal menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019. ‘MLM 2019 – Kerusi Panas’ ini akan bersiaran seminggu lebih awal pada 25 Oktober 2019, Jumaat, jam 9.00 malam. Dihoskan olehNabil Ahmad dan diadili oleh Sabri Yunus, Fasha Sandha dan Mejar David Teo.

Format pemarkahan kekal, 70% pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan juga di lawan sesawang www.gempak.com/maharajalawakmega

Related Posts

Load comments