Drama I Love You Cikgu lakonan Sean Lee dan Hanna Aqeela

Tonton drama adaptasi novel karya Imanisa Riana bertajuk I Love You Cikgu yang akan mula disiarkan pada 3 Januari 2020 di slot Widuri TV1. Diarahkan oleh Fairuz Loy, skrip Maizurah Ederis dan terbitan ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd.

Drama I Love You Cikgu

Drama ini bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7 malam selama 13 episod.

Para Pelakon

Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13

Sinopsis I Love You Cikgu

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang.

Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana.

Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Gambar Pelakon

Drama I Love You Cikgu

Pelakon Drama I Love You Cikgu

Related Posts

Load comments