Drama Dia Adelia lakonan Eyka Farhana dan Fadlan Hazim

Tonton drama romantik komedi bertajuk Dia Adelia yang ditayangkan pada setiap hari bermula 30 Disember 2019, jam 10 malam di TV Okey. Bersiaran selama 13 episod, drama ini diarahkan oleh Rahila Ali dan terbitan produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Drama Dia Adelia tv okey

Para Pelakon

Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, Amyza Aznan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13

Lagu Tema
Laki Laki - Eyka Farhana

Sinopsis Drama Dia Adelia

Episod 1. Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya.

Episod 2. Dia Adelia mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan, Sementara itu, Irhan semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya.

Episod 3. Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

Episod 4. Irhan memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

Episod 5. Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai 'musuh dalam selimut'.

Episod 6. Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

Episod 7. Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia.

Related Posts

Load comments