Drama Camelia lakonan Saharul Ridzwan dan Diana Danielle

Drama rantaian bertajuk Camelia bakal mula bersiaran pada 16 Januari 2020 di slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Eoon Shuhaimi dan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn Bhd.

Drama Camelia TV3

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Sinopsis Drama Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Drama Camelia samarinda tv3

Jangan lupa saksikan 15 episod drama Camelia ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Samarinda TV3

Related Posts

Load comments