Drama Sembilan lakonan Beto Kusyairy dan Atiqah Hasiholan

Saksikan drama seram bertajuk Sembilan yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan skripnya ditulis oleh Salman Aristo dan Rino Sarjono. Drama bersiri 10 episod ini merupakan sebuah lagi naskah premium eksklusif yang menyaksikan kolaborasi nusantara antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan Astro Original Series.

Drama Sembilan astro

Pernah mengarahkan filem CEO dan beberapa drama seperti Kekasih Elektrik dan Mandatori, pengarah Razaisyam Rashid menyahut cabaran baru dalam mengarahkan Sembilan.

Para Pelakon

Karya ini menampilkan lakonan hebat pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Beto Kusyairy, Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Azhan Rani, Luqman Hafidz, Amir Nafis, Sara Ali dan ramai lagi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10

Sinopsis Drama Sembilan

Kisah seorang budak bernama Taduh muncul kembali selepas menghilangkan diri selama sembilan tahun dalam keadaannya tidak dimamah usia.

Sejak kemunculan Taduh, pelbagai perkara buruk dan misteri mula terjadi di kalangan keluarga Taduh dan penduduk kampung.

Dapatkah mereka mencari jawapan di sebalik kehilangan Taduh dan misteri yang berlaku?

Gambar pelakon drama Sembilan

"Saya akui, naskah ini sangat berat untuk saya arahkan. Naskah yang saya arahkan sebelum ini seperti Mandatori dan CEO sangat berbeza dengan Sembilan. Karya ini menjadi cabaran baru untuk saya.

"Perjalanan untuk menjalani penggambaran drama bersiri ini juga panjang. Hampir tiga bulan kami berkampung dan antara lokasi utama penggambaran dijalankan di Malaysia iaitu Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands, Sungai Lembing, Pahang, sekitar Kuala Lumpur dan Studio Pinewood Iskandar, Johor Bahru," kata Razaisyam.

Tambah sutradara ini, cabaran paling besar yang dihadapi olehnya ialah kekuatan skrip yang sangat mencabar untuk sebuah naskah drama bersiri.

"Sejujurnya, skrip yang ada sangat 'heavy' untuk sebuah drama bersiri. Terlibat dalam projek ini, saya rasakan seperti sedang menjalani penggambaran untuk lima buah filem.

Pengarah, Razaisyam Rashid

"Babak seram, drama, aksi semuanya dihidangkan. Cukup rencah dan cukup rasa, saya berharap drama bersiri ini bakal menarik perhatian penonton," katanya lagi.

Drama ‘Sembilan’ ini dijangka menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) pada bulan Februari 2019.

Related Posts

Load comments