Drama Rindu Yang Terlarang lakonan Zahirah MacWilson dan Fikry Ibrahim

Drama adaptasi novel Rindu Yang Terlarang karya Umie Nadzimah akan ditayangkan di slot Drama Vaganza Asro Ria. Dijangka selepas berakhirnya drama Cemburu Seorang Perempuan. Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Rindu Yang Terlarang

Para Pelakon

Zahira MacWilson, Fikry Ibrahim, Sulaiman Yasin, Katrina Aziz, Sahronizam Noor, Amyza Aznan, Jalil Hamid, Lydiawati, Putri Hanan, Rahim Omar, Hanis Nabilah, Asha Merican, Aidit Noh, Anuar Hamizan, Sam Shuhaidi, Asyraf Aley, Nu'man Salleh, Fadzil A.Aziz, Fendi Seman, Firdaus Shahidan, Mazli Razali.

Tengok juga: Teaser episod terbaru drama Rindu Yang Terlarang

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Baca juga: Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis lakonan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose

Lagu Tema / OST

Kau Kekasihku, Menatap Dalam Mimpi - DS Siti Nurhaliza, Magika - Wani Karie.

Sinopsis Rindu Yang Terlarang

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura.

Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali.

Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula.

Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

Drama Rindu Yang Terlarang

Jangan lupa ikuti kesudahan drama Rindu Yang Terlarang ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam selama 20 episod.

Related Posts

Load comments