Drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah

Terbaru di Slot Tiara Astro, drama Selafaz Cinta memulakan tayangannya hari ini 27 November 2018. Drama terbitan Suhan Movies & Trading ini diarahkan oleh pengarah Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya) dan bersiaran selama 60 episod.

drama selafaz cinta

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Ainin Batrisya.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35
Episod 36 Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40
Episod 41 Episod 42 Episod 43 Episod 44 Episod 45
Episod 46 Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50
Episod 51 Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55
Episod 56 Episod 57 Episod 58 Episod 59 Episod 60

Sinopsis Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Video Teaser


Gambar Pelakon

gambar pelakon selafaz cinta


Jangan lupa saksikan drama Selafaz Cinta pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

Related Posts

Load comments