Drama Mencari Qiblat lakonan Aeril Zafrel

Terbaru di slot Zehra TV3, drama Mencari Qiblat telah memulakan siaran selama 13 episod. Ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Drama ini diterbitkan Rashbirmedia Sdn Bhd dan tentunya diarahkan oleh Rashid Sibir sendiri.

drama mencari qiblat

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak, Nadzmi Adhwa.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Mencari Qiblat

Mengisahkan Adam, anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

Jangan lupa saksikan drama Mencari Qiblat setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Related Posts

Load comments