Drama Mawar Murni lakonan Saharul Ridzwan dan Mimi Lana

Drama Mawar Murni akan mula ditayangkan pada 8/10/2018 di Slot Samarinda TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan di arahkan oleh pengarah Hashim Rejab.

drama mawar murni

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Wanna Ali, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef.

Episod penuh drama Mawar Murni (youtube TV3)

Sinopsis Drama Mawar Murni

Mengisahkan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona dan Mahani. Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif dan Keisya.

Murni merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia.

Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga.

Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang.

Jangan lupa saksikan nanti 15 episod drama Mawar Murni pada hari Isnin hingg Rabu jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Related Posts

Load comments