Drama Klik! Pengantin Musim Salju lakonan Siti Nordiana dan Alif Satar

Drama Klik! Pengantin Musim Salju akan mula bersiaran pada 14 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria dan Astro Ramadan HD (122). Adaptasi dari novel karya Suri Ryana, terbitan Filmscale Sdn Bhd dan diarahkan oleh Hadith Omar. Akan bersiaran selama 20 episod.

klik pengantin musim salju

Para Pelakon

Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Backup

Video Teaser Terbaru

Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

Gambar Pelakon

pengantin musim salju

pengantin musim salju

Jangan lupa saksikan nanti kesudahan drama Klik! Pengantin Musim Salju setiap hari Isnin-Khamis 7 malam di Astro Ria dan Astro Ramadan.


Mengenai kerjaya seninya, Alif bakal terikat dengan penggambaran drama Red Velvet bergandingan dengan Jihan Muse.

Sementara itu, pada awal tahun depan Alif akan menjayakan pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal (DSH) di Istana Budaya.

“Bukan saja penonton yang tak boleh ‘move on’, malah kami daripada pasukan DSH pun sama. Apa tidaknya, sambutan yang diterima itu menaikkan nama kami. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan DSH.

“Pasukan sama sekali lagi terbabit dalam penggambaran drama berjudul Pengantin Musim Salju. Sekali lagi saya bekerjasama dengan Siti Nordiana dan barisan pelakon lain,” katanya.

Sebak dan kehilangan kata-kata. Itu luahan rasa penyanyi dan pelakon Alif Satar ketika menyambut hari jadinya yang ke-26 dan ulang tahun kedua perkahwinan di Space Seven, Setia Alam, Sabtu lalu.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia tidak pernah terbayang atau terfikir untuk diraikan dalam majlis penuh meriah.

Lebih bermakna apabila majlis itu dianjurkan kelab peminatnya, Alif Satar Official FC (ASOFC) yang dihadiri 120 ahli.

“Saya menyangka boleh ‘cool’ apabila tiba di lokasi acara tetapi sangat terharu dengan usaha dan sokongan yang diberikan. Disebabkan itu saya menangis apabila diminta menyampaikan ucapan.

“Bukan apa, sepanjang 10 tahun berada dalam industri ini kali pertama saya diraikan sebegini hebat. Saya tak pernah meminta atau teringin diraikan sebegini, sebaliknya ada pihak yang sanggup melakukannya untuk saya.

“Selama ini saya bekerja bukan untuk mengejar glamor dan mencari populariti, tetapi bersyukur itu semua datang atas kerja keras dan usaha sendiri. Malah saya bersyukur kehadiran semakin diterima baik,” katanya.

Pada majlis itu, Alif yang juga pengacara program Akademi Fantasia 2016 secara rasmi melancarkan kelab peminatnya yang mula ditubuhkan sejak Mac lalu.

Menariknya juga, ASOFC dilancarkan serentak dengan kelab peminat di Singapura dan Brunei.

“Sejujurnya saya segan apabila diberitahu ada peminat yang menubuhkan kelab untuk saya. Ini kerana saya tidak mahu mereka bersusah payah. Namun, melihatkan apa yang dilakukan sejak awal sehingga sekarang saya menghormati dan mengagumi mereka.

“Kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan membuatkan saya lebih terbuka untuk meluangkan masa dengan mereka jika terdapat sebarang acara selepas ini. Jika ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak berjumpa saya, tidak ada alasan untuk tak membalas sokongan mereka.

“Sebelum ini saya melihat sambutan sebegini diberikan kepada Datuk Siti Nurhaliza. Namun apabila saya mengalaminya, memang terharu,” katanya.

Tidak sekadar acara itu sahaja, sambutan peminat terhadap Alif dapat dilihat menerusi laman Instagram rasmi ASOFC yang kini mencecah 42,000 pengikut sejak dibuka Mei lalu. Jumlah itu tidak termasuk di Singapura dan Brunei.

Sebagai menghargai sokongan mereka, Alif akan mengadakan sesi beramah mesra dengan peminat di Singapura 29 September ini diikuti Brunei pada November depan.

Berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, Alif makin teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata kedua yang dijangka pada 5 Februari 2017.

Menurut Alif, usia kandungan isterinya Shadila Halid, 31, kini mencecah lima bulan.

“Alhamdulillah isteri dan anak dalam kandungan sihat. Buat masa sekarang jantina anak belum dapat dipastikan. Insya-Allah selepas dua minggu nanti baru boleh disahkan.

“Cuma kehamilan kedua ini isteri mengalami alahan teruk. Dia kerap mengadu tak selesa dan cepat letih. Kasihan juga melihat keadaannya apatah lagi jika saya perlu keluar bekerja.

“Disebabkan itu kalau ada cuti saya memang luangkan masa bersamanya. Memandangkan dia masih bekerja, setiap hari saya mengingatkannya agar sentiasa berhati-hati,” katanya.

Menurut Alif, bulan ini dianggap sangat istimewa kerana dia meraikan tiga sambutan berbeza.

Pada 2 September lalu dia meraikan hari jadi isterinya, 15 September ulang tahun perkahwinan mereka dan 19 September adalah hari jadinya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Alisha Anugerah yang kini berusia setahun. - HMetro

Related Posts

Load comments