Kalis Kasih lakonan Mawar Rashid dan Amar Baharin

Drama Kalis Kasih lakonan lakonan Mawar Rashid dan Amar Baharin. Bersiaran 15 episod drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan skrip Mama Bella/Maizurah.

Kalis Kasih

Para Pelakon

Mawar Rashid, Amar Baharin, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifli, Nadia Aqilah, Ifa Raziah, Hasnul Rahmat.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Sinopsis Kalis Kasih

Kisah tentang Amanda dan Dania yang merupakan sepupu yang sebaya tetapi karakter mereka ketara berbeza. Amanda adalah anak bandar yang terpaksa tinggal dengan keluarga Dania di kampung semenjak kematian orang tuanya. Apabila dewasa, Amanda telah berkahwin dengan Khair.

Dania menjadi pengasuh anak Amanda iaitu Iris. Amanda cemburu melihat Iris rapat dengan Dania. Amanda terjatuh tangga sehingga kandungan keduanya keguguran dan rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika Amanda runsing ibu mentuanya mendesak Khair kahwin lain.

Dania telah cacat wajahnya akibat ditolak oleh Sandra yang mempunyai dendam lama pada Amanda kerana gagal kahwin dengan Khair. Bard iaitu bekas tunangan Dania ikhlas berkahwin dengan Dania walaupun wajahnya cacat. Dania dan Bard menghadiahkan salah seorang anak kembar mereka kepada Amanda dan Dania.

Related Posts

Load comments