Cinta Bersegi-Segi lakonan Mawar Rashid dan Nazirul Mubin


Telemovie Cinta Bersegi-Segi ini terbitan Tanah Beris Film Production untuk TV9 di slot Skrin Di 9. Arahan pengarah Shuhaimi Lua Abdullah dan skrip Suzanna Zaily Zin.

Cinta Bersegi-Segi

Para Pelakon

Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof, Feiyna Tajudin, Zahir Deck

Sinopsis Cinta Bersegi-Segi

Zin Ruby dan Ana dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu. Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang beriya-iya mahu mencari pengganti.

Dalam proses mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi jatuh cinta kepada ibu Zarina, Fetty jauh lebih tua daripadanya. Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan bakal menantu.

Sungguhpun usianya semakin meningkat, WILMA tak pernah ambil pot sangat tentang cinta dan fesyen pakaiannya, sehinggalah NABISHA (kawan baiknya) beriya-iya nak bantu. Dalam pada nak bantu, Nabisha ditimpa kemalangan dan terpaksa berehat panjang di rumah. Nak tak nak, Wilma terpaksa gantikan tempat Nabisha dan jadi setiausaha NIK. Banyaklah aksi lucu Wilma yang ‘keras’ cuba bergaya untuk menarik perhatian Nik.

Hari berganti hari, harapan yang tinggi menggunung untuk dekati Nik terjun menjunam bilamana Nik, terserlah, lebih menyukai perempuan lebih tua, aka sebaya ibu-ibu. Kerana meratapi ketika berjalan, Wilma nyaris dilanggar kereta ZIN, yang juga rakan baru dan pemilik kedai buku tempat PIAH (ibu Wilma) membeli buku.

Sejak insiden itu, Zin cuba bantu Piah yang risaukan Wilma, yang masih tak berteman. Sedikit demi sedikit, Zin mula sukakan Wilma dan rancang nak masuk meminang. Wilma semakin bersemangat untuk perbaiki diri. Setelah menemani Nik keluar atas urusan kerja..

Video Promo

Related Posts

Load comments