Drama Dia Pengantinku lakonan Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid

Drama Dia Pengantinku ini akan mula ditayangkan di slot Widuri TV1 pada 24 Oktober 2019 setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7 malam. Terbitan Tekun Resmi Sdn Bhd dan pengarahnya Pali Yahya.

Drama Dia Pengantinku

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26

Sinopsis Drama Dia Pengantinku

Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?

Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

Gambar Pelakon

Drama Dia Pengantinku

Related Posts

Load comments