Drama Kenyalang I'm In Love lakonan Hafeez Mikail dan Ain Edruce

Saksikan drama Kenyalang I'm In Love yang akan disiarkan menerusi slot Lestary TV3. Sebuah drama terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd arahan Feroz Kader. Menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Kenyalang I'm In Love


Para Pelakon

Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa, Anding Indrawani, Ady Hamiz, May May, Zack Kool, Zila Bakarin, Manan Sulaiman, Aida Khalida, Shima Anuar, Aida Othman, Ali Mohamad.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Sinopsis Kenyalang I'm In Love

Mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Related Posts

Load comments